Sekilas Tentang Teks Pada
Multimedia
Teks juga memainkan peranan untuk
membentuk sesuatu perkataan dan perenggan bagi tujuan berkomunikasi,
menyampaikan ide dan fakta dalam apa juga tujuan. Dalam penghasilan produk
multimedia, teks memainkan peranan amat penting untuk menerangkan bagaimanakah
aplikasi yang dihasilkan berfungsi, panduan kepada pengguna untuk melayari
aplikasi tersebut, dan menghantar maklumat pada aplikasi yang telah
direkabentuk. Teknologi teks pada asasnya banyak dgunakan dalam sistem
multimedia. Bagaimanakah teks tersebut dibangunkan dan dikemaskini, bagaimana
ia disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk pembangunan. Pada tajuk ini akan
menerangkan ciri-ciri teks, dan bagaimana ia disimpan dalam produk multimedia.
Penggunaan Teks dalam Aplikasi
Multimedia
Dalam sistem komputer, teks
selalunya digunakan bagi menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka
pengguna. Kini, sistem komputer adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna
(GUI), namun teks masih lagi sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan
arahan kepada pengguna. Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio
dan video tetapi ia masih memerlukan teks untuk memantapkan lagi penyampaian.
Teks digunakan dalam berbagai tujuan.
Memberi pengenalan kepada sesuatu
objek seperti gambar atau label bagi program.
Menghantar maklumat dalam bentuk
penerangan helaian yang mengandungi sebahagian besar adalah teks.
Membolehkan pengguna melayari
aplikasi.
1. Label dan Tajuk
Label biasanya digunakan sebagai
tajuk window bar ataupun sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistem.
Untuk mengenalpasti logo, objek ataupun gambar, label diperlukan. Bukan saja
dalam dunia komputer kita perlu melabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada
barang atau objek yang hendak diperkenalkan kepada umum, malah ia telah menjadi
satu kewajipan yang measti ada. Label dan tajuk ini mestilah dalam bentuk ayat
yang pendek dan mudah difahami oleh pengguna. Ia bukanlah satu penerangan yang
panjang perlu dijelaskan bagi memperkenalkan objek, gambar atau logo yang telah
dibangunkan dalam aplikasi multimedia.
2. Navigasi dan sokongan pengguna
Teks yang berasaskan kawalan
dalam aplikasi multimedia adalah mengandungi butang, senarai box, senarai
drop-down dan menu window. Walaupun terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya
perlu menggunakan tetikus iaitu 'klik' untuk melayari. Namun, ia masih
memerlukan arahan untuk "enter" pada papan kekunci selain menggunakan
tetikus. Dalam pembangunan objek multimedia, teks pada butang hendaklah jelas
dan ringkas. Pandangan yang kontra antara latarbelakang dan butang adalah
sangat penting untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan
digunakan.
Aplikasi multimedia banyak
bergantung kepada penggunaan teks dalam banyak aspek, termasuklah:
Tajuk halaman
Penerangan maklumat dalam bentuk
perkataan atau perenggan.
Melabelkan gambar
Arahan untuk menjalankan operasi
pada aplikasi.
Sumber:
http://smksy.tripod.com/Teksmm.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar